Monday 20 June 2011

AMAH INDONESIA.. OH AMAH..

Hari ini kyusuk sekali saya membaca akhbar. Di dada akhbar pelbagai cerita sensasi yang terpapar. Dan yang paling utama tentunya hal politik tanah air dan antarabangsa. Dalam hati saya mengeluh..”Politik..politik..politik, bilakan berakhir?”.. Namun, mata saya lekat pada satu tajuk akhbar yang mengujakan saya. Berita berkenaan seorang amah Indonesia yang menerima hukuman pancung kelmarin atas kesalahan membunuh isteri majikannya di Arab Saudi. Tersentak dengan itu, saya mula mengingati ‘mimpi buruk’ yang dialami warga Malaysia-Indonesia beberapa tahun dahulu dari isu klaim sehingga sweeping. Memori perjuangan kedamaian bersama rakan-rakan baik dari Indonesia mahupun Malaysia sendiri di beberapa group di laman sosial dahulu mula mengusik jiwa. Satu suara mengembalikan lamunan saya. Seorang teman lama menyapa. Kerana kami teman lama,maka kami hanya menggunakan kata ganti nama diri ‘Aku’ dan ‘Kau’. Membaca tajuk akhbar yang sama, teman saya itu mula cuba memprovoke.
Teman  :  Wah, isu hangat ni. Amah Indonesia menerima hukuman pancung atas kesalahan bunuh. Haa, aku nak tengok dorang buat apa pulak kat kerajaan Arab Saudi. Dulu pun ada kes amah Indonesia dirogol mamat (lelaki) Arab. Hmm, mana tau ada slogan baru ‘Ganyang Arab Saudi’...(sambil sinis)
Aku        : Dahla.. hal ni kan dah jadi urusan 2 buah negara tu. Yang penting kita melihat dari sudut positif. Kita pula jangan jadi petrol nak cuba marakkan api..
Teman  : Halah, kau ni bela sangat.. Apa? Kau tak rasa sakit hati tengok apa yg dorang buat waktu isu Sweeping dulu? Sekarang ni masih ada 20 lebih orang rakyat Indonesia yang masih tunggu hukuman yang sama kat Arab Saudi. Aku nak tengok, berani ke tak dorang buat Sweeping kat rakyat Arab Saudi.
Aku        : Astagfirullah, engkau ni jangan jadi provokator..tak baik.. Aku tak bela siapa-siapa. Isu Sweeping tu kan dah berlalu, kita sebagai rakyat harus ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Lagipun, yang melakukan aksi itu cuma segelintir individu pelampau bukan seluruh 200 lebih juta rakyat mereka. Kau tak nampak hikmah dan kebaikan dari apa yang berlaku? Kau tengok sekarang, makin gencar rakyat kedua negara ni jalinkan hubungan dan kerjasama mahupun dari peringkat bawah sampai peringkat kementerian, dan semakin ramai rakyat yang peka terhadap isu yang berlaku dan mula bertindak dan bersikap optimis dan positif walaupun masih ada rakyat di dua negara ni berhati batu, saling kutuk mengutuk, hina menghina dan saling caci.
Teman  : Aku bukan apa.. kau bayangkan jelah.. Cuba kalau rakyat yang dihukum pancung tu dihukum di negara kita dan kes tu berlaku dan melibatkan kita, aku rasa sweeping gelombang kedua yang lebih dasyat pasti berlaku..aku pasti akan basah bumi Indonesia dengan darah rakyat Malaysia. Kau tengok je, kalau rakyat mereka yang kena tangkap atas pelbagai kesalahan, mulalah dorang buat hal,buat demolah, boikotlah. Tapi kalau rakyat kita kena tangkap, tak apa pulak!!
Aku        : Hei,engkau ni..kau cakap macam ni sampai keluar anak tekak pun TAKKAN MENGUBAH APA YANG TELAH BERLAKU. (aku sedikit hilang sabar). Subhanallah. Aku tau konsequensinya. Aku faham sangat maksud kau. Tapi boleh tak kau bawak besabar dan mengucap. Benda macam ni kita harus ada kesefahaman dan fikir dengan kepala dingin. Sampai bila pun kita akan terus ditampuk lama kalau ada orang macam kau ni yang selalu bawak panas baran saja. Sampai bila kita nak selesaikannya kalau asyik bangkitkan masalah?? Kita sekarang dilaga-laga oleh orang yang mahu kita pecah-belah. Untuk apa? Sudah pasti untuk kepentingan peribadi..Cuba kau tanam kata-kata aku ni dalam kepala otak kau. Yang penting sekarang kita mencari penyelesaian bersama. Itu mencerminkan orang-orang yang bijak. Cuba jadi seorang manusia yang benar-benar manusia!
Sambil menarik nafas dan mengucap, teman saya tadi mula menenangkan diri.  

1 comment:

  1. hehe..nang peace maker ktk tok..kdak unknown lam blog schaza ya..hahak

    ReplyDelete