Monday 20 June 2011

POLITIK DALAM MINDA KANAK-KANAK

Hari ini semua orang dah pandai berbicara tentang politik tapi kurang bijak menterjemah dan menilainya. Kesan ke atas masyarakat juga semakin jelas menyebabkan masyarakat berpecah-belah dan seolah-olah hidup berpuak-puak dan berkabilah. Dan ketika ini, anak-anak dan adik-adik kita yang seawal 7-8 tahun sudah menyebut-nyebut politik dan mula hidup dalam bayangannya. Fahaman politik yang diikuti semakin menjadikan kita mula menuding jari menyalahkan orang lain tanpa kita sedar terlebih dahulu tentang kesalahan diri kita sendiri. Saya sendiri pada asalnya amat berminat mengkaji politik dan peka terhadap isu yang berlaku namun kini saya seakan dingin dengan politik. Sehingga satu tahap saya berbicara sendiri ..”Ahhh, sandiwara dunia...” 
Apabila ditanya kepada pelajar sekolah rendah tentang politik, sememangnya anda akan dapat seribu satu macam jawapan. Ada yang menggelikan hati tapi ada juga yang arif(bagi tingkat pemikiran kanak-kanak).
Saya       : Adik-adik semua tahu apa itu politik? Boleh cerita sikit tak?
Pelajar I : Saya benci pemimpin A tu. Cakap tak serupa bikin. Saya dengar mak cakap, dia rasa tertipu sebab undi parti tu.
Pelajar II : Saya rasa hanya parti A je dapat tolong rakyat. Macam yang lain selalu je keluar tv janji palsu.
Pelajar III : Saya tak suka Dato A, ayah kata dia selalu rampas dan makan harta rakyat.
Pelajar IV: Politik yang saya tahu tentang rakyat dan kerajaan. Yang membentuk parti-parti samada pembangkang atau bukan. Nanti, wakil-wakil parti itu akan diundi dalam pilihan raya. Macam dulu, mak saya undi parti A bapa saya undi parti B. Lepas tu mereka selalu cakap politik, time tengok berita kat tv, time makan, time duduk-duduk. Sampai kadang-kadang macam orang bergaduh pulak. Kalau yang kalah tu pasti cakap, lepas ni perlu buat post-mortem. Bila sama banyak kalah dan menang. Situasinya nanti jadi win-win situation. Memang saya budak-budak tapi susah sangat ke kalau tak perlu nak bergaduh??
Tidak hairanlah jika kanak-kanak sekarang sudah pandai bercakap kata kesat dan kurang enak terhadap orang lain kerana minda mereka mula diajar membenci, menghakimi, memilih, mempersalahkan orang lain seawal usia ini. Jadi,seperti apakah anda ingin membentuk anak-anak anda? Buka mata, Tanya hati...

1 comment: